Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan
dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik
darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses
pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru
daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir
mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan
disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran
bilik darjah.Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa
maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa
maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan
teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri
dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang
diterima umum.Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca
berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan
tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses
seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan
dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam
masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal,
pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan
hubungan dengan masyarakat.
GURU KURANG BERFUNGSI
Guru
merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam
membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang
progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat
samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan
menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid.
Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia
ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
WUJUD KUMPULAN
TERTENTU.
Bilangan
murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok
bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai
prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid
yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka
kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah
disiplin yang lain.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KURANG BERKESAN.
Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
HALANGAN
KOMUNIKASI.
Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik
darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman
mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang
positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah
diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang
pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah
didalam bilik darjah.
Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah
disiplin di dalam bilik darjah.Ganjaran perlakuan yang baik.murid perlu
diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran.
Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang
sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.
PENGGUNAAN BAHASA ISYARAT
Guru
tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak
memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau
menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat
tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.
MEMPELBAGAIKAN
KAEDAH PENGAJARAN.
Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah
kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa
jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru
perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai
dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk
mengikuti pengajaran guru.
GUNAKAN KAEDAH
KAUNSELING.
Ada
kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru
perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan
kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.