1. Memantau situasi dan keadaan kelas sama persekitaran pembelajaran ataupun pembelajaran berkumpulan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran tertentu.
2. Menggalakkan pelajar menuntut ilmu dengan selesa melalui penyediaan dan pengurusan kemudahan pembelajaran serta perabot-perabot di dalam kelas seperti meja, papan putih dan juga kerusi.
3. Memupuk dan membimbing pelajar mengikut ciri-ciri sosial ekonomi dan juga kebudayaan.
4. Memastikan sistem organisasi dalam kelas terancang dan juga teratur.
5. Memastikan interaksi PnP berjalan dengan lancar seterusnya membantu pelajar memperolehi hasil pembelajaran secara menyeluruh.
PENDAPAT
Pada pendapat saya, pengurusan bilik
darjah yang dilaksanakan di Malaysia adalahlebih baik jika dibandingkan dengan
negara luar seperti Afrika. Para pelajar disediakan dengan pelbagai fasiliti
yang memudahkan mereka dan guru-guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Bilik darjah yang disediakan juga cukup selesa dengan kelengkapan
seperti meja dan kerusi malah alatan pembersihan juga turut terdapat di setiap
kelas. Kapisiti pelajar di dalam setiap kelas juga agak memuaskan kerana
bilangan pelajar di dalam setiap kelas adalah sesuai yang mana tidak terlalu
ramai. Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Jepun dalam menguruskan bilik
darjah yang mana pelajar akan disediakan bilik darjah dan seorang guru kelas akan
bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah. Seiring dengan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21,para pelajar menjadi lebih
kreatif dan sifat kerjasama dapat ditanam dalam diri mereka bagi memastikan
kelas mereka penuh dengan maklumat yang berguna, selesa dan lebih ceria.
Terdapat juga idea- idea seperti susunan meja dan kerusi yang lebih sesuai
dilaksanakan bagi mematuhi garis panduan pembelajaran dan pengajaran abad ke
-21 iaitu belajar secara berkumpulan.
Bukan itu sahaja, alat bantu mengajar
yang disediakan oleh setiap sekolah di Malaysia juga mampu menarik perhatian
para pelajar. Hal ini demikian kerana, kebanyakan sekolah telahpun menggunakan
teknologi terkini bagi menggalakkan perkembangan otak pelajar di samping
membantu mereka dalam meneroka sesuatu yang baharu. Pengalaman ini tidak dapat dijangkau oleh
pelajar yang berada di negara Afrika kerana mengalami kekangan seperti
ketiadaan elektik yang mana menghalang mereka untuk mengakses pelbagai
informasi. Selain itu, sistem pengajaran
dan pembelajaran di Malaysia juga dapat dijalankan secara kondusif dengan
adanya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang disediakan oleh kerajaan. Negara kita adalah sebuah negara yang bertuah
kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menitikberatkan prestasi
pelajar dengan menyalurkan pelbagai kemudahan kepada pihak sekolah. Berbanding
negara Jepun, pelajar terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli buku. Manakala
di Afrika pula, hanya terdapat sebilangan sahaja yang mendapat pinjaman buku
teks daripada pihak sekolah disebabkan oleh keadaan ekonomi di negara itu
sendiri. Situasi ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kadar pelajar buta huruf kerana kurangnya aktiviti
membaca di rumah.
Bagi pengurusan disiplin dalam bilik
darjah pula, sekolah-sekolah di Malaysia telah melakukan pelbagai alternatif
bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Dengan adanya
solusi seperti ini, pelajar akan lebih peka terhadap tindakan mereka semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan ataupun ketika ketiadaan guru di
kelas. Situasi ini berbeza dengan negara
Jepun yang mana, negara berkenaan lebih menerapkan nilai kerjasama dalam kelas
iaitu bergotong royong bersama rakan-rakan selepas waktu persekolahan. Kedua-dua negara ini dapat dijadikan contoh
dalam mengawal aktiviti dan pergerakan pelajar.
Namun begitu, negara Afrika masih tidak mampu mengawal disiplin para
pelajar mereka. Menurut South African Journal Of Education,
guru-guru yang berada di sekolah tertentu kurang mengetahui langkah yang sesuai
untuk membendung masalah disiplin.
Impaknya, ramai pelajar masih menunjukkan sikap negatif semasa berada di
dalam kelas yang mana ianya menjadi keluhan para guru.
Konklusinya, pengurusan bilik darjah
yang dilaksanakan di Malaysia adalah baik kerana merangkumi pelbagai strategi
yang boleh diaplikasikan bagi melangsungkan pembelajaran secara teratur dan
juga terkawal. Secara tidak langsung, ia
dapat meningkat mutu pendidikan di Malaysia setanding dengan negara-negara maju
seperti Jepun, Amerika Syarikat dan juga Finland menerusi penggunaan teknologi
sebagai medium pembelajaran. Bukan itu sahaja, melalui pengurusan bilik darjah
juga, guru-guru Malaysia dapat melahirkan pelajar yang berwibawa dan juga
bertanggungjawab.