Monday, June 8, 2020

PERBANDINGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH DI MALAYSIA BERBANDING NEGARA JEPUN DAN AFRIKA ( AINA NADIA BT JAMAL )


PENGURUSAN BILIK DARJAH 

Perbandingan Pengurusan Bilik Darjah di antara negara Malaysia, Jepun dan Afrika dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :





1. PERSEKITARAN BILIK DARJAH 


Malaysia
  •  Bilangan murid di dalam kelas abad ke-21 adalah sebanyak 25 orang.Namun, ada sekolah yang jumlah murid di dalam satu kelas melebihi 25 orang.Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 masih boleh dilaksanakan dengan membuat susunan kerusi meja yang betul.

  •  Susunan kerusi meja murid penting di dalam kelas abad ke-21 kerana susunan ini memudahkan guru melaksanakan aktiviti perbincangan antara murid.
  •  Mempunyai sudut OPEM yang bermaksud sudut untuk guru menulis objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Jepun
  • Bilangan pelajar dalam setiap kelas di Jepun secara umum saiznya lebih besar berbanding di Amerika Syarikat. Nisbah guru dengan pelajar direkodkan pada 21:1 di Jepun.
  • Bilik Darjah juga disediakan fasiliti yang baik seperti di Malaysia dan murid murid juga akan berada di dalam bilik darjah manakala guru yang akan bergerak dari kelas ke kelas yang lain untuk sesi pembelajaran.
  • Pembelajaran secara berkumpulan juga sangat digalakkan.

Afrika
  • Di daerah tertentu, setiap kelas menempatkan 50 orang pelajar atau lebih hingga menyebabkan keadaan kelas kelihatan sesak.
  • Banyak sekolah yang tidak menyediakan kemudahan infrastruktur seperti meja dan juga kerusi hingga menyebabkan pelajar terpaksa duduk di lantai untuk menjalankan proses pembelajaran.
  • Kebanyakan bilik darjah yang terdapat di negara berkenaan adalah tidak menarik yang mana kelas-kelas tersebut tidak dihias dan juga dicat.

 2. PENGURUSAN DAN PENGAJARAN




Malaysia
  • Isyarat traffic light boleh digunakan untuk mengawal murid daripada bercakap apabila ingin melontarkan pertanyaan.
  • Pelajar boleh mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian. Aplikasi yang tersedia selain VLE-frog, terdapat juga Kahoot (kuiz), schoology (seperti Facebook), Edmodo (seperti VLE-frog), Cmap (bina peta minda) dan sebagainya.
  • Mempunyai sudut parking lot iaitu guru dapat mengetahui jumlah murid yang menguasai atau tidak menguasai pembelajaran hari tersebut.Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya atau mengemukakan idea sebelum guru masuk ke dalam kelas.
Jepun
  • Guru akan membahagi pelajar ke dalam beberapa kumpulan yang terdiri daripada Ketua Pelajar dan anak buah. Kaedah ini amat ditekankan kerana akan membentuk keharmonian apabila mereka bergerak dalam kumpulan.
  • Sesetengah sekola pula telah mula menekankan kelas “gaya-Finland” yang mana pelajar dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil dan membuat perbincangan pelbagai topik. Hasilnya, pelajar lebih berani untuk menyatakan pendapat mereka di samping memupuk kerjasama berkumpulan di kalangan mereka.
  • Para pelajar juga disedikan buku teks setiap seorang.
Afrika
  • Rata-rata dalam kalangan pelajar yang berada di Afrika berkongsi buku teks bersama rakan mereka kerana pihak sekolah tidak mampu menyediakan buku teks dalam kuantiti yang banyak.

  •  Alat bantu mengajar elektronik seperti komputer, projektor dan televisyen tidak dapat disediakan di sekolah-sekolah tertentu kerana tidak mempunyai kemudahan elektrik. Contoh sekolah berkenaan adalah terletak di daerah Mauritania, Guinea, Nigeria, Uganda dan juga C. Republik Afrika (melebihi 95% sekolah)
  •  Pihak sekolah masih mengekalkan penggunaan papan hitam sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan proses pembelajaran.

 3. DISIPLIN MURID 

Malaysia
  • Untuk mengawal tingkah laku murid, guru boleh menyediakan carta sikap murid.
Jepun
  • Terdapat satu budaya yang digelar “souji” dimana akan diberi masa selama 15 minit untutk membersihkan bilik darjah, tangga, tandas dan kawasan sekolah. Segala aktiviti yang berlansung pada ketika itu hendaklah dihentikan untuk pelajar melaksanakan pembersihan
Afrika
  • Menurut N.Singh (guru), sebahagian dalam kalangan pelajar di Afrika kurang menghormati guru dan tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
  • Mereka juga kurang mengikuti peraturan sekolah berdasarkan pengakuan seorang guru perempuan yang telah ditemubual.
  • Menurut Hamse (guru), bukan hanya kepada guru, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak menghormati rakan-rakan mereka ketika berada di dalam kelas.

























Saturday, June 6, 2020

DISIPLIN MURID ( NURHAIZI BT ROSIMAN )


Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah.Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.



Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat.




 PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH:



GURU KURANG BERFUNGSI

Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.


WUJUD KUMPULAN TERTENTU.


Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain.


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KURANG BERKESAN.


Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

HALANGAN KOMUNIKASI.

Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah.

Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.Ganjaran perlakuan yang baik.murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.

PENGGUNAAN BAHASA ISYARAT


Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.

MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PENGAJARAN.


Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.

GUNAKAN KAEDAH KAUNSELING.


Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.