Monday, June 8, 2020

PERBANDINGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH DI MALAYSIA BERBANDING NEGARA JEPUN DAN AFRIKA ( AINA NADIA BT JAMAL )


PENGURUSAN BILIK DARJAH 

Perbandingan Pengurusan Bilik Darjah di antara negara Malaysia, Jepun dan Afrika dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :





1. PERSEKITARAN BILIK DARJAH 


Malaysia
  •  Bilangan murid di dalam kelas abad ke-21 adalah sebanyak 25 orang.Namun, ada sekolah yang jumlah murid di dalam satu kelas melebihi 25 orang.Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 masih boleh dilaksanakan dengan membuat susunan kerusi meja yang betul.

  •  Susunan kerusi meja murid penting di dalam kelas abad ke-21 kerana susunan ini memudahkan guru melaksanakan aktiviti perbincangan antara murid.
  •  Mempunyai sudut OPEM yang bermaksud sudut untuk guru menulis objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Jepun
  • Bilangan pelajar dalam setiap kelas di Jepun secara umum saiznya lebih besar berbanding di Amerika Syarikat. Nisbah guru dengan pelajar direkodkan pada 21:1 di Jepun.
  • Bilik Darjah juga disediakan fasiliti yang baik seperti di Malaysia dan murid murid juga akan berada di dalam bilik darjah manakala guru yang akan bergerak dari kelas ke kelas yang lain untuk sesi pembelajaran.
  • Pembelajaran secara berkumpulan juga sangat digalakkan.

Afrika
  • Di daerah tertentu, setiap kelas menempatkan 50 orang pelajar atau lebih hingga menyebabkan keadaan kelas kelihatan sesak.
  • Banyak sekolah yang tidak menyediakan kemudahan infrastruktur seperti meja dan juga kerusi hingga menyebabkan pelajar terpaksa duduk di lantai untuk menjalankan proses pembelajaran.
  • Kebanyakan bilik darjah yang terdapat di negara berkenaan adalah tidak menarik yang mana kelas-kelas tersebut tidak dihias dan juga dicat.

 2. PENGURUSAN DAN PENGAJARAN




Malaysia
  • Isyarat traffic light boleh digunakan untuk mengawal murid daripada bercakap apabila ingin melontarkan pertanyaan.
  • Pelajar boleh mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian. Aplikasi yang tersedia selain VLE-frog, terdapat juga Kahoot (kuiz), schoology (seperti Facebook), Edmodo (seperti VLE-frog), Cmap (bina peta minda) dan sebagainya.
  • Mempunyai sudut parking lot iaitu guru dapat mengetahui jumlah murid yang menguasai atau tidak menguasai pembelajaran hari tersebut.Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya atau mengemukakan idea sebelum guru masuk ke dalam kelas.
Jepun
  • Guru akan membahagi pelajar ke dalam beberapa kumpulan yang terdiri daripada Ketua Pelajar dan anak buah. Kaedah ini amat ditekankan kerana akan membentuk keharmonian apabila mereka bergerak dalam kumpulan.
  • Sesetengah sekola pula telah mula menekankan kelas “gaya-Finland” yang mana pelajar dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil dan membuat perbincangan pelbagai topik. Hasilnya, pelajar lebih berani untuk menyatakan pendapat mereka di samping memupuk kerjasama berkumpulan di kalangan mereka.
  • Para pelajar juga disedikan buku teks setiap seorang.
Afrika
  • Rata-rata dalam kalangan pelajar yang berada di Afrika berkongsi buku teks bersama rakan mereka kerana pihak sekolah tidak mampu menyediakan buku teks dalam kuantiti yang banyak.

  •  Alat bantu mengajar elektronik seperti komputer, projektor dan televisyen tidak dapat disediakan di sekolah-sekolah tertentu kerana tidak mempunyai kemudahan elektrik. Contoh sekolah berkenaan adalah terletak di daerah Mauritania, Guinea, Nigeria, Uganda dan juga C. Republik Afrika (melebihi 95% sekolah)
  •  Pihak sekolah masih mengekalkan penggunaan papan hitam sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan proses pembelajaran.

 3. DISIPLIN MURID 

Malaysia
  • Untuk mengawal tingkah laku murid, guru boleh menyediakan carta sikap murid.
Jepun
  • Terdapat satu budaya yang digelar “souji” dimana akan diberi masa selama 15 minit untutk membersihkan bilik darjah, tangga, tandas dan kawasan sekolah. Segala aktiviti yang berlansung pada ketika itu hendaklah dihentikan untuk pelajar melaksanakan pembersihan
Afrika
  • Menurut N.Singh (guru), sebahagian dalam kalangan pelajar di Afrika kurang menghormati guru dan tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
  • Mereka juga kurang mengikuti peraturan sekolah berdasarkan pengakuan seorang guru perempuan yang telah ditemubual.
  • Menurut Hamse (guru), bukan hanya kepada guru, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak menghormati rakan-rakan mereka ketika berada di dalam kelas.

























No comments:

Post a Comment