Wednesday, July 22, 2020


LINK UNTUK NOTA



KUMPULAN 1: PENGURUSAN PEMBELAJARAN.


KUMPULAN 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


KUMPULAN 3 :  PENTADBIRAN & PENGURUSAN DI BAWAH TAJUK ORGANISASI KEPIMPINAN. 


 KUMPULAN 4 : PENGURUSAN MURID


KUMPULAN 6 : PENGURUSAN SUMBER DI BAWAH SUBTOPIK "PEMBENTUKAN PUSAT SUMBER"


KUMPULAN 7 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN.


KUMPULAN 8 : PENGURUSAN TINGKAHLAKU DAN DISIPLIN MURID.


KUMPULAN 9 :  PENGURUSAN PENASIHATAN  MURID


KUMPULAN 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 


KUMPULAN 11 : PENGURUSAN  MURID  PELBAGAI UPAYA.

KUMPULAN 12:  SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


KUMPULAN 13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN



Monday, June 8, 2020

PERBANDINGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH DI MALAYSIA BERBANDING NEGARA JEPUN DAN AFRIKA ( AINA NADIA BT JAMAL )


PENGURUSAN BILIK DARJAH 

Perbandingan Pengurusan Bilik Darjah di antara negara Malaysia, Jepun dan Afrika dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :





1. PERSEKITARAN BILIK DARJAH 


Malaysia
  •  Bilangan murid di dalam kelas abad ke-21 adalah sebanyak 25 orang.Namun, ada sekolah yang jumlah murid di dalam satu kelas melebihi 25 orang.Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 masih boleh dilaksanakan dengan membuat susunan kerusi meja yang betul.

  •  Susunan kerusi meja murid penting di dalam kelas abad ke-21 kerana susunan ini memudahkan guru melaksanakan aktiviti perbincangan antara murid.
  •  Mempunyai sudut OPEM yang bermaksud sudut untuk guru menulis objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Jepun
  • Bilangan pelajar dalam setiap kelas di Jepun secara umum saiznya lebih besar berbanding di Amerika Syarikat. Nisbah guru dengan pelajar direkodkan pada 21:1 di Jepun.
  • Bilik Darjah juga disediakan fasiliti yang baik seperti di Malaysia dan murid murid juga akan berada di dalam bilik darjah manakala guru yang akan bergerak dari kelas ke kelas yang lain untuk sesi pembelajaran.
  • Pembelajaran secara berkumpulan juga sangat digalakkan.

Afrika
  • Di daerah tertentu, setiap kelas menempatkan 50 orang pelajar atau lebih hingga menyebabkan keadaan kelas kelihatan sesak.
  • Banyak sekolah yang tidak menyediakan kemudahan infrastruktur seperti meja dan juga kerusi hingga menyebabkan pelajar terpaksa duduk di lantai untuk menjalankan proses pembelajaran.
  • Kebanyakan bilik darjah yang terdapat di negara berkenaan adalah tidak menarik yang mana kelas-kelas tersebut tidak dihias dan juga dicat.

 2. PENGURUSAN DAN PENGAJARAN




Malaysia
  • Isyarat traffic light boleh digunakan untuk mengawal murid daripada bercakap apabila ingin melontarkan pertanyaan.
  • Pelajar boleh mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian. Aplikasi yang tersedia selain VLE-frog, terdapat juga Kahoot (kuiz), schoology (seperti Facebook), Edmodo (seperti VLE-frog), Cmap (bina peta minda) dan sebagainya.
  • Mempunyai sudut parking lot iaitu guru dapat mengetahui jumlah murid yang menguasai atau tidak menguasai pembelajaran hari tersebut.Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya atau mengemukakan idea sebelum guru masuk ke dalam kelas.
Jepun
  • Guru akan membahagi pelajar ke dalam beberapa kumpulan yang terdiri daripada Ketua Pelajar dan anak buah. Kaedah ini amat ditekankan kerana akan membentuk keharmonian apabila mereka bergerak dalam kumpulan.
  • Sesetengah sekola pula telah mula menekankan kelas “gaya-Finland” yang mana pelajar dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil dan membuat perbincangan pelbagai topik. Hasilnya, pelajar lebih berani untuk menyatakan pendapat mereka di samping memupuk kerjasama berkumpulan di kalangan mereka.
  • Para pelajar juga disedikan buku teks setiap seorang.
Afrika
  • Rata-rata dalam kalangan pelajar yang berada di Afrika berkongsi buku teks bersama rakan mereka kerana pihak sekolah tidak mampu menyediakan buku teks dalam kuantiti yang banyak.

  •  Alat bantu mengajar elektronik seperti komputer, projektor dan televisyen tidak dapat disediakan di sekolah-sekolah tertentu kerana tidak mempunyai kemudahan elektrik. Contoh sekolah berkenaan adalah terletak di daerah Mauritania, Guinea, Nigeria, Uganda dan juga C. Republik Afrika (melebihi 95% sekolah)
  •  Pihak sekolah masih mengekalkan penggunaan papan hitam sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan proses pembelajaran.

 3. DISIPLIN MURID 

Malaysia
  • Untuk mengawal tingkah laku murid, guru boleh menyediakan carta sikap murid.
Jepun
  • Terdapat satu budaya yang digelar “souji” dimana akan diberi masa selama 15 minit untutk membersihkan bilik darjah, tangga, tandas dan kawasan sekolah. Segala aktiviti yang berlansung pada ketika itu hendaklah dihentikan untuk pelajar melaksanakan pembersihan
Afrika
  • Menurut N.Singh (guru), sebahagian dalam kalangan pelajar di Afrika kurang menghormati guru dan tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
  • Mereka juga kurang mengikuti peraturan sekolah berdasarkan pengakuan seorang guru perempuan yang telah ditemubual.
  • Menurut Hamse (guru), bukan hanya kepada guru, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak menghormati rakan-rakan mereka ketika berada di dalam kelas.

























Saturday, June 6, 2020

DISIPLIN MURID ( NURHAIZI BT ROSIMAN )


Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah.Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.



Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat.




 PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH:



GURU KURANG BERFUNGSI

Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.


WUJUD KUMPULAN TERTENTU.


Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain.


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KURANG BERKESAN.


Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

HALANGAN KOMUNIKASI.

Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah.

Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.Ganjaran perlakuan yang baik.murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.

PENGGUNAAN BAHASA ISYARAT


Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.

MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PENGAJARAN.


Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.

GUNAKAN KAEDAH KAUNSELING.


Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.




Friday, March 20, 2020

PENGURUSAN BILIK DARJAH ( NURHAIZI BT ROSIMAN )

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif

Menurut Lemlech (1988),  pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

Manakala, pendapat Levin dan Nolan (2004) pula, mereka memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.




PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( AINA AFIFAH BT AZALI)

  • Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
  • Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984).
  • Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).


                         










TUJUAN PENGURUSAN BILIK DARJAH ( SITI NUR AYUNIE BT RAMJAN)

1. Memantau situasi dan keadaan kelas sama persekitaran pembelajaran ataupun pembelajaran berkumpulan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran tertentu.

2. Menggalakkan pelajar menuntut ilmu dengan selesa melalui penyediaan dan pengurusan kemudahan pembelajaran serta perabot-perabot di dalam kelas seperti meja,  papan putih dan juga kerusi.

3. Memupuk dan membimbing pelajar mengikut ciri-ciri sosial  ekonomi dan juga kebudayaan.

4. Memastikan sistem organisasi dalam kelas terancang dan juga teratur.

5.  Memastikan interaksi PnP berjalan dengan lancar seterusnya membantu pelajar memperolehi hasil pembelajaran  secara menyeluruh.






PENDAPAT 

Pada pendapat saya, pengurusan bilik darjah yang dilaksanakan di Malaysia adalahlebih baik jika dibandingkan dengan negara luar seperti Afrika. Para pelajar disediakan dengan pelbagai fasiliti yang memudahkan mereka dan guru-guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bilik darjah yang disediakan juga cukup selesa dengan kelengkapan seperti meja dan kerusi malah alatan pembersihan juga turut terdapat di setiap kelas. Kapisiti pelajar di dalam setiap kelas juga agak memuaskan kerana bilangan pelajar di dalam setiap kelas adalah sesuai yang mana tidak terlalu ramai. Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Jepun dalam menguruskan bilik darjah yang mana pelajar akan disediakan bilik darjah dan seorang guru kelas akan bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah. Seiring dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21,para pelajar menjadi lebih kreatif dan sifat kerjasama dapat ditanam dalam diri mereka bagi memastikan kelas mereka penuh dengan maklumat yang berguna, selesa dan lebih ceria. Terdapat juga idea- idea seperti susunan meja dan kerusi yang lebih sesuai dilaksanakan bagi mematuhi garis panduan pembelajaran dan pengajaran abad ke -21 iaitu belajar secara berkumpulan.

Bukan itu sahaja, alat bantu mengajar yang disediakan oleh setiap sekolah di Malaysia juga mampu menarik perhatian para pelajar. Hal ini demikian kerana, kebanyakan sekolah telahpun menggunakan teknologi terkini bagi menggalakkan perkembangan otak pelajar di samping membantu mereka dalam meneroka sesuatu yang baharu.  Pengalaman ini tidak dapat dijangkau oleh pelajar yang berada di negara Afrika kerana mengalami kekangan seperti ketiadaan elektik yang mana menghalang mereka untuk mengakses pelbagai informasi.  Selain itu, sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia juga dapat dijalankan secara kondusif dengan adanya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang disediakan oleh kerajaan.  Negara kita adalah sebuah negara yang bertuah kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menitikberatkan prestasi pelajar dengan menyalurkan pelbagai kemudahan kepada pihak sekolah. Berbanding negara Jepun, pelajar terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli buku. Manakala di Afrika pula, hanya terdapat sebilangan sahaja yang mendapat pinjaman buku teks daripada pihak sekolah disebabkan oleh keadaan ekonomi di negara itu sendiri. Situasi ini  secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar pelajar buta huruf kerana kurangnya aktiviti membaca di rumah.

Bagi pengurusan disiplin dalam bilik darjah pula, sekolah-sekolah di Malaysia telah melakukan pelbagai alternatif bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Dengan adanya solusi seperti ini, pelajar akan lebih peka terhadap tindakan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan ataupun ketika ketiadaan guru di kelas.  Situasi ini berbeza dengan negara Jepun yang mana, negara berkenaan lebih menerapkan nilai kerjasama dalam kelas iaitu bergotong royong bersama rakan-rakan selepas waktu persekolahan.  Kedua-dua negara ini dapat dijadikan contoh dalam mengawal aktiviti dan pergerakan pelajar.  Namun begitu, negara Afrika masih tidak mampu mengawal disiplin para pelajar mereka.  Menurut South African Journal Of Education, guru-guru yang berada di sekolah tertentu kurang mengetahui langkah yang sesuai untuk membendung masalah disiplin.  Impaknya, ramai pelajar masih menunjukkan sikap negatif semasa berada di dalam kelas yang mana ianya menjadi keluhan para guru.


Konklusinya, pengurusan bilik darjah yang dilaksanakan di Malaysia adalah baik kerana merangkumi pelbagai strategi yang boleh diaplikasikan bagi melangsungkan pembelajaran secara teratur dan juga terkawal.  Secara tidak langsung, ia dapat meningkat mutu pendidikan di Malaysia setanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan juga Finland menerusi penggunaan teknologi sebagai medium pembelajaran. Bukan itu sahaja, melalui pengurusan bilik darjah juga, guru-guru Malaysia dapat melahirkan pelajar yang berwibawa dan juga bertanggungjawab.

















KEPENTINGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH ( NUR KALYISAH BT RIKZAN SHAH )

1. Pengurusan Masa

° Murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk terlibat dalam proses pembelajaran
° Proses PNP berjalan mengikut masa yang ditetapkan.



2. Peluang Pembelajaran

° Murid berpeluang untuk mengemukan idea-idea semasa berada di dalam kelas.
°Menggalakkan murid menjadi aktif dan membantu murid yang pasif.




3. Pengurusan Kendiri

°Guru dapat membantu murid untuk mengurus kebolehan diri sendiri.
°Melahirkan murid motivasi, kerjasama serta berupaya membina hubungan sosial.







Kelihatan para pelajar sedang membersihkan kawasan bilik darjah mereka supaya kekal cantik dan kemas semasa sesi pembelajaran.


Friday, March 13, 2020

KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH ( AINA NADIA BT JAMAL )

  1. Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-muridnya dalam bilik darjah.
  2. Membolehkan guru memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  3. Melalui interaksi dengan bahan pelajar, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan            berkesan.



KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH ( NUR KALYISAH BT RIKZAN SHAH )


Komunikasi merupakan sebuah proses dimana manusia menghantar dan menerima maklumat serta berkongsi idea mahupun perasaan. 

Terdapat 3 jenis komunikasi di dalam bilik darjah

Ø  Komunikasi Lisan ( komunikasi dengan kata-kata)
Ø  Komunikasi bukan verbal ( komunikasi bukan lisan )

Ø  Komunikasi bertulis ( komunikasi melalui penulisan )


KOMUNIKASI LISAN

Ø  Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang menggunakan percakapan yang menyampaikan maklumat kepada penerima. 




KOMUNIKASI BUKAN VERBAL



Ø  Komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting yang membentuk keseluruhan pada komunikasi.
KOMUNIKASI BERTULIS

GAYA

  •     Pengetahuan tatabahasa dan keupayaan menggunakan perkataan yang tepat dan sesuai serta olahan bahasa yang menarik dapat menghasilkan penulisan yang berkesan.

LARAS

  •          Penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu. Pengolahan yang baik melibatkan penggunaan bahan.


PENGOLAHAN


  •          Menggunakan format dan bentuk penulisan yang ringkas , padat , mengalir, bersinambungan dan bertaut.





Video diatas menunjukkan jika kita tidak berkomunikasi dengan betul kita tidak akan dapat pertolongan apabila kita berada dalam masalah . Jadi komunikasi sangat penting dimana sahaja kita berada.